Friday, 26 August 2011

"LUAHAN HATI PART 2"


KISAH AKU, DIA DAN KAMU
(LUAHAN HATI SEBUAH PENGORBANAN)

Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tapi aku tak sangka persahabatan yang terjalin lama antara aku, dia dan kamu musnah dalam sekelip mata..kenapa jadi macam ni? Apa salah aku sampai korang buat aku macam ni? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku keliru? Bukan bermaksud aku cemburu dengan hubungan kalian. Untuk apa aku cemburu? Bukankah aku yang mengenalkan kau kepada dia? Tapi mengapa mesti kalian membelakangi aku dalam hal ini? Y a Allah, kuatkanlah aku. Selama ni aku sayang kalian lebih dari orang lain. Tapi kenapa kalian layan aku macam ni? Kenapa mesti kalian rahsiakan hubungan cinta yang terjalin? Kalian berdua kawan baik aku. Salahkah kalau kalian berkongsi berita gembira ini dengan aku? Bukankah aku yang nak lihat kebahagiaan kalian? Tapi kenapa kalian layan aku macam nie? Terasa hina diri ini diperlakukan sebegitu rupa oleh kalian. Ingin aku bertanya kepada kalian. Pernahkah kalian menganggap aku sebagai kawan baik kalian. Pernahkah? Agaknya aku yang selalu terhegeh-hegeh untuk membahagiakan kalian. Selama ini aku sayang kalian sehingga sanggup korbankan kebahagiaan aku..tapi apa yang aku dapat?? Ya Allah….

Kalian tak tahu..bagaimana remuknya hati aku apabila mengetahui hubungan cinta kalian yang telah lama terjalin sejak 2 ramadhan 1432H. Bukan bermaksud aku cemburu tetapi betapa aku terkilan kerana tak dikhabarkan berita gembira ini. Siapa yang tak gembira apabila melihat 2 kawan baik aku bersatu dan bercinta? Sememangnya itulah harapan aku sejak aku mengenalkan kalian berdua. Ingin melihat kawan baik aku merawat kelukaan hati masing-masing disebabkan kegagalan percintaan masing-masing. Sumpah! Aku langsung tak cemburu malah aku gembira. Tapi dalam gembira aku tu terselit seribu perasaan kesal, terkilan dan sedih. Kenapa mesti aku mendapat tahu hubungan cinta kalian setelah 2 minggu lebih hubungan kalian terjalin? 

Pada 20 ramadhan 1432H, barulah segala-galanya terbongkar di depan mataku. Mesranya kalian di depan aku telah terjawab segala-galanya. Hebat penangan cinta. Singkat benar tempoh perkenalan kalian. Hebat! Tapi aku tak kisah. Itu hal kalian. Tak jadi masalah. Cinta pandang pertama agaknya. Aku tak kisah bahagian tu tapi kenapa mesti merahsiakan hubungan kalian? Disitulah wujudnya istilah “kawan tak kenang budi”. Itu yang aku marah sangat. Sangat-sangat marah! Aku nak tau kenapa dan sebab dan motif kalian layan aku macam ni! Sedihnya hati aku. Tak apa. Janji kalian gembira!

Bukan niat aku nak ungkit semua yang aku pernah buat kat kalian. Tapi tak dapat ke kalian tengok betapa aku sangat-sangat menghargai hubungan persahabatan yang terjalin. Aku korbankan percintaan aku demi membahagiakan kalian. Tahukah kau kawan. Aku sanggup mengorbankan percintaan aku dengan orang yang betul-betul menyintaiku dan menyayangi aku demi ingin menemani kau.. kau yang kesunyian dan memerlukan semangat dari aku. Aku dah lakukan semuanya. Untuk menggembirakan kau. Sungguh perit untuk aku telan perbuatan kalian ini.

Apa yang aku harapkan semoga kalian bahagia. Cuma 1 aku pinta berikan aku masa untuk menyejukkan hati aku ni. Bukan aku tak cuba jernihkan keadaan tapi sungguh aku sangat terluka dan terkilan. Teruslah membina bibit-bibit cinta antara kalian. Aku tak kisah. Cuma aku perlukan ketenangan. Jangan cari aku lagi. Anggap semua kejadian ini ada hikmahnya. Aku memang telah kehilangan 2 orang kawan baik aku yang sentiasa menemani aku di kala aku kebosanan di tempat kerja. Aku sunyi tanpa kalian sebenarnya. Berikan aku masa untuk melupakan semuanya. Aku perlukan sokongan.

Antara sahabat dan cinta, aku lebih memilih sahabat. Sahabat sukar dicari tetapi cinta boleh datang bersilih ganti. Sesungguhnya aku kehilangan 2 orang sahabat yang paling aku sayang. Aku telah korbankan cintaku hanya untuk persahabatan tapi apa pulangan yang aku dapat? Hanya sia-sia. Andai dapat kuundurkan masa ingin aku ubah semula segala pengorbanan ini.

T, kau sahabat baik aku. Segala masalah kau sentiasa dikongsi bersama. Sesungguhnya aku amat menyenangi dan berkawan dengan kau. Walaupun aku pernah diingatkan supaya berhati-hati dalam berkawan dengan kau tapi aku endahkan. Tapi aku dah terkena. Benarlah kata dia, kau bila dah senang mudah lupakan. Aku tak salahkan kau sebab kau seorang yang setia tapi beringatlah. Terima kasih juga sudi berkawan dengan kawan aku dulu. Silap aku memberikan harapan yang tinggi kepada dia sehinggakan dia jatuh sayang kepada kau. Alhamdulillah dia memaafkan aku dan tak marahkan aku. Aku begitu takut untuk beritahu masalah ini kepada dia. Ternyata naluri dia lebih kuat dari aku. Dia lebih awal mengetahui perkara ini dan mendapat petunjuk Allah terlebih dahulu. Tapi dia tenang dan gembira dan sudi menjadi pendengar yang setia bagi masalah kita ni. Terima kasih F. Terima kasih sudi menjadi pendengar yang setia dan memberikan pendapat dan nasihat kepada aku. Dan 1 hal lagi, berkaitan ungkapan yang pernah kau ungkapkan kepada aku dulu, aku anggap itu hanya gurauan kau. Luahan hati kau sangat-sangat mengejutkan aku. Aku tak ambil serius.

I, kau sahabat baik aku sejak akhir-akhir ini. Tempoh yang lama mengenali kau sejak zaman sekolah lagi. Susah senang kita bersama. Aku sayang kau, I. Disebabkan itulah aku nak kau gembira bila kau putus cinta. Dan sebab itulah aku kenalkan kau dengan T. semoga kau berbahagia dengan T. Kalian berdua kawan baik aku. Seronok tengok 2 kawan baik aku bersatu dalam hubungan cinta. Cuma aku terkilan motif kau merahsiakan hubungan cinta kalian ini? Sedih aku sebagai kawan baik kau. Cuba kau kat tempat aku adakah perasaan kau sama dengan aku? Kenalkan seseorang kemudian menjalinkan hubungan cinta tanpa memberitahu kawan yang telah memperkenalkan kalian. Apa perasaan kau? Terkilan bukan? sedih bukan? Gembira sudah tentu sebab itu adalah harapan aku.

Z, maafkan aku. Maafkan aku menolak cintamu. Ketahuilah kau bahawa aku sayang kau dan menghargai kau. Andai dapat kuundurkan masa...................maafkan aku. 

Menyesal ku akui tak terima cintaku, dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku,
Terlambat kuakui berertinya dirimu, kerana hanya dirimu sanggup cinta penawar pedihku..

Aku akan cuba kuat semangat. Mungkin ini takdirnya. Maafkan aku di atas semua kesalahan aku. Semoga kalian berbahagia. Aku tumpang gembira. Cuma 1. Aku tak boleh tengok kalian lagi. Luka di hati ini terasa bernanah. Maafkan aku. Bukan aku ego cuma aku perlukan ruang. Biarlah masa yang tentukan segala-galanya. Maafkan aku skali lagi. Salam aidilfiri. Maaf zahir batin.



Kesimpulan :
Sesungguhnya ikatan persahabatan itu terlalu indah untuk diputuskan. Sahabat tidak mudah dicari. Sukar untuk mencari yang sehati sejiwa dan sanggup susah senang bersama. Semua yang terjadi sudah ditentukan oleh-Nya. Seharusnya kita menjaga hubungan persahabatan yang telah terjalin ini. Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan agar tidak wujud syak wasangka. Sayangilah kawan-kawan anda. Tidak rugi buat baik kepada sesama makhluk. Ini dituntut dalam Islam. Memohon kemaafan adalah perkara yang mulia dan harus dipraktikkan setiap hari. Pohonlah kemaafan tanpa jemu. Berbuat baik biarlah berpada-pada dan buat jahat jangan sekali. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat. Dan seperkara lagi, setiap kata-kata yang dikeluarkan biarlah logik. Jangan jadi seperti “orang yang cakap tak serupa bikin”. Harap maklum kepada sesiapa yang terasa. Kuatkan semangat untuk setiap dugaan yang Allah berikan. Rahsia memperoleh ketenangan hati ialah dengan pengisian ilmiah rohani kita.








Hak cipta terpelihara (Adaptasi dari kisah sebenar seorang kawan),
Nur faezah bte che ani
aeza_areisya
12.52 am 26 ogos 2011 / 26 Ramadhan 1431H


Skrip Asal,

Miss Mustika Cruise,

(penyerahkan skrip di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, harap maklum)

Tuesday, 23 August 2011

LUAHAN HATI, AGAR KAU MENGERTI!!

BENCI MELIHAT MU SAHABAT!!  PENGORBANAN KU SELAMA INI BAGAIKAN TIADA MAKNA!!

Aku sekadar mahu menceritakan apa yang berlaku,
Aku seorang gadis biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, maafkan aku atas apa yang terjadi kerna aku sendiri tidak pernah meminta. 

Irma(bukan nama sebenar)
Kehadiran kau dalam diri aku sebagai teman baik, memang tidak dapat dinafikan lagi Irma(bukan nama sebenar) aku sayang akan kau, hampir 10 tahun kita berkawan namau kita bertambah rapat hampir setahun yang lalu, segala masalah akan ku ceritakan kepada Irma, begitu juga Irma. Disaat Irma kesunyiaan dan mermerlukan kekasih, aku mencuba sedaya upaya untuk mencarikan mu teman. Aku hampir terkejut besar bila Irma  berkasih dengan orang yang pernah meminati ku, bagaimana aku hendak berdepan dengan kekasih mu yang pernah meminati ku??? Aku mencuba untuk berlagak seperti tiada apa yang akan berlaku, aku takut ia akan menjadi masalah kepada persahabatan kita. Syukur segalanya berjalan dengan baik.
Bila Irma kecewa bersama kekasihnya, aku pula mencari jalan untuk mengembirakan hati Irma.

Zahim (bukan nama sebenar)
Zahim pula lelaki yang dulunya amat aku benci, kenakalan Zahim di sekolah membuatkan aku rasa bengang dan menyampah pabila melihat muka Zahim. Setelah tamat sekolah hampir 4 tahun aku tidak bertemu dengan Zahim sampai la di satu majlis perkawinan kawan sekolah, di saat itu aku tidak berapa mengenali Zahim, kerana mungkin kelakuan dan cara Zahim tidak seperti dulu, aku mula rasa senang berkawan dengan Zahim, pada mulanya rasa marah terhadap Zahim masih ada kerana suatu ketika dulu aku selalu menjadi bahan buli Zahim dan rakan-rakannya, ketika itu juga la tidak penah sekali kau menandang ku sebagai seorang gadis yang menarik, mungkin kerana paras rupa ku ketika itu. Tetapi bagi ku itu kisah silam antara aku dan Zahim, tak harus ku ingati. Di saat Zahim mendekati ku, kau mengenalkan ku kepada teman baik mu Taufik(bukan nama sebenar),
Zahim mengatakan dia cintakan aku!!....(tbc)

Taufik
Aku mengenalinya di dalam laman sosial dan Taufik juga adalah teman baik kepada zahim, di saat itu Taufik sangat kecewa, sedih, hilang arah tuju, aku merasa terpanggil untuk mendekati Taufik, aku cuba membantu Taufik  sedaya yang ku mampu, segala masalah Taufik aku tahu, (penyimpan mohor besar raja-raja kau) aku tidak sangka begitu cepat kita menjadi teman yang mesra, Taufik kawan yang paling aku percaya, yakin, dan segala masalah ku bersama Zahim  akan ku ceritakan kepada Taufik, aku berasa begitu senang bersama Taufik sebagai sahabat yang baik.

Zahim dapat tahu aku berkawan baik dengan Taufik!!!  Dia amat cemburu sampai berkata pada Taufik “Kau rampas awek aku”. Di saat itu aku mula takut akan kehilangan Taufik, zahim seorang yang amat cemburu kerana dia terlalu sayangkan aku.

Aku mula melihat perubahan diri Taufik, Taufik berperangai pelik, penah sekali Taufik  menalifon ku  da berkata dengan nada yang takut dan serba salah ..AK“AKU…AKUU SUUUKA KAU!!, Aku terperanjat dengan kata-kata itu lalu aku  berkata “GILA!!” dan Taufik pula menjawab “ EH! AKU.. AKU SAYANG KAU LA SEBAGAI KAWAN”
Sejak dari itu aku merasa kelainan dari Taufik, sejak dari itu juga aku mula menjauhi Taufik, terasa takut menerima kenayaan sebenar.

AKU HARUS MEMILIH
aku mula bingung memikirkan siapa harus aku pilih, antara Zahim dan Taufik.
Zahim – aku mula jatuh cinta terhadapnya kerana usaha, ketulusan hati dan juga kesetiaanya. Penah sekali dia berkata “MUNGKIN ORANG TAK DAPAT BAGI KEMEWAHAN , KESENANGAN  ATAU HARTA YANG BANYAK, TETAPI ORANG  SANGGUP GADAIKAN NYAWA ORANG UNTUK “DEAR”. Berdentum jatung ku mendengar kata-kata itu.
Taufik – aku sayang kau kerna kau la sahabat yang terbaik penah aku ada di saat aku kesedihan, memerlukan teman, 

UJIAN UNTUK KU
Jika aku memilih zahim, aku tidak lagi akan dapat berkawan baik dengan taufik, zahim seorang yang kuat cemburu, aku juga takut persahabat taufik dan zahim yang lama terjaling akan musnah oleh kerana aku, aku juga sayang akan persahabatn ku dengan taufik, taufik dalam keadaan baru pulih dari kesedihan, tak sanggup aku meninggalkannya untuk mengejar cinta aku pada zahim.
Aku putuskan untuk menjauhi zahim, aku memilih taufik kerana aku berjanji pada diri pabila taufik sudah bahagia bersama orang lain baru aku akan mengejar cinta aku. Walaupun berat dan sakit tapi ini pengorbanan ku untuk mu taufik. Mungkin pengorbanan ku akan berakhir dengan kebahagian utuk taufik, zahim dan juga aku. MAAFKAN AKU ZAHIM.
“CINTA BOLEH DATANG DAN PERGI, SAHABAT YANG BAIK AKAN SETIA MENEMANI”
Taufik dan Irma
Aku mengenalkan Irma dengan taufik, kerana kini aku memiliki dua sahabat baik. Aku merasa gembira walau pun aku rasa menyesal meninggalkan zahim. Aku mula ingin menyatukan taufik dan Irma, berbagai cara aku lakukan agar mereka bersama.
Dalam masa yang sama zahim masih mencari aku, bagi ku tugas ku belum selesai.

BERITA YANG MENGEJUTKAN KU
Taufik dan Irma telah 3minggu menjadi pasangan kekasih. Tetapi mereka merasiahkan dari ku? Mengapa?
Aku menjadi orang bodoh, menyatukan mereka yang telah bersatu! Haish!! Bodohnya aku!!
TAUFIK!! Tapi kenapa selepas 2minggu baru aku tahu?? Sebelum 3 minggu zahim masih mencari ku, aku boleh pergi kepada zahim kalau aku tahu kau taufik da berpunya, tanggungjawab dan janji ku pada mu sudah selesai. Kenapa kau menyeksa hati aku?
IRMA!! Sanggup kau kawan baik ku sendiri membodohkan ku? Bukankan di waktu kau sedih aku yang menemani mu? Aku juga yang mengenalkan taufik kepada mu!! 

PENJELASAN DARI TAUFIK
“KAU TAHU TAK AKU SAYANG KAU LEBIH DARI SEORANG KAWAN???? TAPI AKU TAU AKU MUNGKIN TAK DAPAT BERSAMA KAU? AKU FIKIRKAN ZAHIM, KEHIDUPAN KAU!! BANYAK PENGHALANG” AKU PENAH KATA AKU SUKA KAU, TAPI AKU TAKUT SEMUA TAKKAN MENJADI”
“KALAU KAU TINGGALKAN AKU SEBAGAI KAWAN KAU, AKU AKAN PUTUS DENGAN IRMA”

AKU MENAHAN SEBAK AKU KEHILANGAN SAHABAT DAN CINTA
Taufik kau kata kau sayang aku lebih dari seorang kawan tapi Irma???
Biar la aku yang mengalah, ini mungkin 1 pengorbanan aku untuk kau taufik, jika aku kembali kepada Zahim mungkin hati kau akan sakit melihat aku bersama kawan baik kau, dan aku juga tak sanggup untuk melukankan hati zahim untuk kali yang ke 2.
Irma – maafkan aku, aku terpaksa menjauhi mu, aku takut rahsia aku dan taufik akan terbongkar
Zahim – maafkan aku, pengorbanan aku untuk kau, agar kau dan taufik akan terus menjadi kawan baik.

KINI AKU SENDIRI…. MUNGKIN ADA HIKMAH DARI SETIAP APA YANG BERLAKU…. AKU MENGHARAPKAN Y ANG TERBAIK UNTUK KAMU SEMUA.






by, 

cik mustika cruise

Sunday, 21 August 2011

Hati D beri 2 pilihan same ade Cinta @ Sahabat? Hati Memilih Cinta dsebabkan melihat keasikkn Cinta dan meninggalkan Sahabat, pabila Hati Terjatuh Cinta tidak dapat menolong Kerane Cinta itu Buta Lalu Pergi Meninggalkan Hati, D Saat itulah Sahabat datang membantu tanpe sebarang perasaan dendam.. Tp Skali lg Hati Memilih Cinta mengapa???? (Lpas nie kau jatuh!! aku pijak2 kau Hati)

"kenape la kau nie teruk sangat ,kenapa? bila kau susah sapa yg tolong, saat kau terluke, kecewe merane, hilang arah tujuh, aku yg datang tolong kau sanggup aku lepaskan orang yg aku sayang semate-mate kenangkan kau kawan yang dlm kekusahan!! aku kenalkan kau dgn sahabat baik supaye kau lupekan kekasih lame kau yg pnh buat kau kecewe. aku arap kau akan bahagie dan akan lupekan kekasih lame kau, tp sangkaan aku silap, kalau gunekan aku n sabahat aku semate2 utk ubat kesunyian kau, bile kau dapat kekasih baru kau lupe aku, kalau lupekan sahabat aku n kau maenkan hati sahabat aku yg penah mengubat sakit n luke d hati kau!! 

dan aku yg berade d tengah2 serbe salah, d kiri kawan, d kanan sahabat?? 
yang d salahkan nnt adelah AKU!! haish!!! Kau Mmg Xgune!! boleh pulak kau nk senyap2, klau x kantoi mmg aku kene tipu hidup2, KAU KAWAN YG XKENANG BUDI!! dulu kau d permainkan sekarang kau pulak nk mempermainkan..." (sedutan dr sebuah kisah benar)


WALAUPAN BANYAK BENDE YANG SAHABAT LAKUKAN UTK HATI TAPI HATI TTP AKN MEMILIH CINTA???

karena sahabat akan berbuat apapun untuk Hati..
mengapa? karena Hati itu halus, mudah sekali hilang jika tidak dijaga. dan akan sulit dicari.
sedangkan sahabat masih terus mencari dan menunggu Hati.
kenapa? karena sahabat itu sejati dan tidak akan meninggalkan mu begitu saja sebagai sahabat yang setia

untuk itu, hargai dan sayangilah sahabatmu selagi dia masih ada.
sesuatu akan terasa sangat berharga ketika ia hilang. 

terlalu banyak pengorbanan sahabat tapi masih juga Hati memilih Cinta yang selalu menyakitkan hati, di saat hati terluke sakit, berduke dan memerlukan teman sahabat yg datang mengubat hati yang d lukakn oleh cinta, pabila hati sudah sihat dan sembuh hati masih mencari Cinta da meninggalkan Sahabat lagi...

Hati!!! Butekah mate mu itu!!! sahabat pernah d beri cinta tertapi memilih mu hati kerana sahabat sangat setia menjage kamu hati, sanggup berkorban apa sahaja, tetapi kamu? mengenepikan Sahabat pabila kamu mendapat cinta... 


By,

Cik Mustika Cruise

Wednesday, 13 July 2011

Kerana Cinta Persahabatan Hancur

Napelah jd macam nie? Adoiiii…. Ku sangkekan kau kawan yg baikk, slalu bagi nasihat, sahabat dunie akhirat…



Macam2 Hal la….


Disebabkan Parasaan @ Hati sanggup orang menikam kawan dari belakang, haish!!!


Bukan nk mengate or blagak betol, but cube la pikir….


Si sahabat nie sanggup menfitnah orang yang die cinta d sebabkan perasaan cemburu dkt kawan baik sendiri, fitnah bukan kecik2 siap leh mengaibkan lagi… yang si kawan nie lurus sgt g caye jer ape si sahabat yg jahat 2 kate… xpasal2 si kawan nie dapat share dose sbb maki hamun si jejake … 1year baru tahu kebenaran sebenar. Kecian si kawan n si jejake…(dulu berkawan baik, sbb perasaan cinta n dengki si sahabat, hancur smue)


Si sahabat jatuh cinte dgn si terune… but si terune pulak suke pada si kawan… marah giler si sahabat, macam cite buruk yang d reke oleh si sahabat d citekan pada si teruna, sebaik la si terune nie xpercaye. Kalau x teraniaye lg la si kawan.


Xcukup dgn itu, si kawan nie baik sangat g kenalkan dgn si sahabat 2 kekasih la katekan, kononnyer kecian la si sahabat xde pakwe… Si sahabat nie leh lak cemburu n marah si pakwe jangan layan n kawan dgn si kawan!! Hey!!! (kau nie,,, kalau la si kawan nk merampass si pakwe, xkan la si kawan kenalkn kau dgn si pakwe, pe la singkat sgt otak kau nie, diorg kan kawan-emosi la pulak) kecik hati si kawan, xpasal2 bermusuh dengan si pakwe….


Dear sahabat,


Ape la salah si kawan 2.. smpai snggup kau buat macam 2 dkt die.. bukan kau xtau bukan si kawan 2 yang mengode atau suke pada si jejake,terune, n pakwe.. tp mereke yang suke pade si kawan……..


Si kawan xde niat pon nk rampas kebahagian si sahabat,n xterlintas…. Kalau si kawan tahu n boleh mengelakk da lame si kawan mengelak. Cube la fikir secare rasional n waras, dgn rancagan2 jahat kau buat, “kau mungkin akan mendapatkan si lelaki, tp kau tidak xakan mendapatkan hati si lelaki” dose, sakit hati n kebencian yang kau akan dapat la…


Pesanan si kawan,


Walau ape yang telah kau lakukan terhadap ku… aku tetap ingin memaafkan mu…. Bertaubatla selagi “KEMAAFAN MASIH ADA” & “ KAU TIDAK AKAN MENDAPAT MANA2 LELAKI YANG KAU IDAMKAN SELAGI HATI KAU MASIH BERPERASAAN DENGKI & KHIANAT TERHADAP KU”














Tuesday, 12 July 2011

Teruje Bile Nampak Cemere ( merosakkn studio org jer)

huh!!! biler la nk dpt cemere mcm nieeeeeeeee
huh!! my privte blog, bukan smue dapat bace ttg sy... n da lame x update, rinduuuu sgt rasenyer...
kali ini nk berkongsi cite ttg diri sy pulakkk... 
Saye mmg suke bergambar lg2 kalau nampak cemere yg cangih2 gitu, huh!! akn pos sakan, mmg org lain xdpat la.... dulu... kalau nk tgk pic sy time kecik n skolah mmg xdpat ler... huh!! low profl la katekan.. xcantikk n comott... tp xtau la mane dtg semangat bergambar 2. heeeeeeeeeeeeee




mmg tringin nk wat produk sndiri, xtau la bile??? heeeeeee
 kamoooooooooo!!!!!

beratttnyer la... adoiiiiiiii


diam!!! jgn mengutukkk sy k!!! hahahahah

Friday, 3 June 2011

Sunday, 15 May 2011

Mengapa Sukar Untuk ku melupakan mu……

Aku manusia biasa  seperti orang lain yang punya hati dan perasaan, ingin sekali aku merasakan manisnya cinta. Aku juga ingin merasakan apakah itu perasaan sayang,dan disayangi.
Suatu hari aku di pertemukan dgn cinta pertama ku, sungguh manis rasanya. Aku cukup bahagia. Setiap detik ku terbayangkan keindahan hidup ku bersama cinta. Aku sunggup lakukan yang terbaik untuk cinta. Keadaan semakin luar biasa, diri ku terasa bagai di pandu, kemana arah dan tuju ku rasa indah dan tenang. Terima kasih cinta kerana menberi ku kesempatan untuk ku merasakan saat manis itu, 
Semakin lama kami bersama, aku merasakan cinta itu tidak begitu menyayangi ku sebagai mana aku menyanginya. Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk aku terus menyangi cinta. Cinta aku sangat sayang pada mu…….. kau la cinta pertama aku. Tapi semakin hari semakin pudar cinta cinta terhadap ku??? Mengapa? Cinta mula tidak mengindahkan ku, bila aku merajuk jarang sekali untuk cinta memujuk. Kalau dahulunya cinta yang akan akan memujuk ku tidak sekali dia akan membiarkan ku walau pon seminit. Cinta ku seorang yang penyabar pada dahulunya kini menjadi seorang yang panas baran.  Semakin hari semakin jauh aku dari cinta. Belang cinta semakin jelas kelihatan. Dulu sebelum mendapatkan hati aku, cinta sanggup melakukan apa sahaja, bertahan dengan karena ku yang panas baran, cepat merajuk, dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyakikan aku tentang cintanya pada ku, setelah aku percaya akan cintanya mengapa bergini yang terjadi? Apakah aku yang bersalah.. atau cinta ada tarik luputnya??
Hari demi hari aku makin tertekan dengan pelbagai masalah yang melanda diri ku aku berharap cinta akan bersama ku dan menenangkan ku, tapi cinta kian jauh… aku amat rindu pada cinta ku yang dulu. Suatu hari aku menyatakan niat ku untuk berpisah dan aku ingin melihat riaksi cinta dengan harapan cinta akan berubah. Pada mulanya cinta memujuk ku untuk tidak berpisah, tetapi lama kelamaan ku rasakan cinta juga inginkan perpisahan. Selepas aku berpisah dengan cinta, hidup ku mula suram, hari demi hari aku lalui tanpa cinta, setiap detik jugalah aku mengharapkan cinta akan memujuk ku untuk kembali padanya. Tetapi hampa. Kini aku cuba untuk melupakannya dan cuba menerima kenyataan cinta kalau bukan milik ku… tetapi aku tetap menyintai mu….. kau selalu berada difikiran ku setiap waktu, terima kasih mengajar ku erti cinta, erti bahagia. Aku berdoa agar kau juga bahagia. Memang sukar untuk ku melupakan mu kerna kau cinta pertama ku. Tetapi akan ku cuba demi kebahagiaan mu.

By,
CIK MUSTIKA CRUISE