Mengenal apa itu cinta,
Aku seorang gadis biasa seperti gadis-gadis lain, semasa usia ku berumur 15tahun, tidak penah terpikir aku tentang apa itu cinta apa entah lagi terlintas dalam diri ku untuk bercinta, pada ketika itu aku melihat kawan-kawan mula bercinta, cinta? Apakah rasa cinta? Manis? Masin? Pahit? Aku tertanya-tanya pada diri. Aku sendiri tidak penah tahu apa itu cinta. Sejak dari kecil lagi perwatakan aku seperti seorang budak lelaki, yang aku hanya tahu “bila da besar nanti perempuan kene kawin dengan lelaki, kalau budak-budak kecik xboleh kawin kene kawan je” tapi aku tidak tahu menahu pun apa itu cinta? bagi aku budak lelaki hanya kawan, tempat cari gado or saingan aku. Hahhahaha….. tidak terlintas untuk aku bercinta mahu pon couple… yela sejak kecik perwatakankan ku seperti lelaki, lasak, nakal, dan aku juga lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding perempuan, bagi aku lelaki mudah berkawan, tak kuat menangis, lasak, dan hobi aku sama seperti kanak2 lelaki.
Teman kawan dating,
Haish!! Pe kes pulak aku kene teman kau dating, haish!! Kawan punye pasal aku teman la, time 2 jugak la aku tengok kawan aku dating. Ingat lagi aku dkt KFC. Time 2 aku tgk kawan aku punye control ayu, xmakan pun, just minum jer. Hahahhaha… lantak kau la, perot kau yang lapar nanti, yang aku pulak duduk sebelah dengan tak covernye aku melantak buger KFC, sedap gile, wow!!! Thanks ye mamat, kau blanjer aku. Yang aku peliknya kalau dating “just pandang2 jer ke n senyum2? Xpayah cakap ye? Banyak tande soal dekat kpale aku?????????? Time nak balik diorg jalan berdua, aku la sorang2 g dekat bus stop, aku jeling2 diorng, aku tgk diorg pegang tangan. Dalam hati aku cakap “bukan nk melintas pon la, xde kete pon, so xpayah la nk pegang2, xpon kau ingat awek kau baru nak blajar berjalan ker? Hahahahha…..
Jerawat!!!
Ketika aku berusia 16tahun, apa nie bintik dekit muka????kene gigit nyamuk ke? Tp banyk la pulak? Sapu minyak xsusut2 pon bengkaknya? Huh!! Tanya mak? Mak kate jerawat? Huh!! Apa ni jerawat? Menyusahkan jela!!. Makin lama makin banyak la pulak, apa kes la ni??? Adoi!! Tolonglah jauhkan aku dari bende ni!. Ada seorang budak lelaki ni yang mulut xde insurans ejek jerawat dekat muka aku. Haish!! Cipan punya mamat..memang nak kene sekel nie. Sejak dari itu aku mula kurang berkawan dengan lelaki, aku menjadi seorang yang pemalu. Bila berdepan dengan lelaki aku akan kedepankan tudung aku n berjalan laju serta menundukkan kepala. Huh!! Dulunya lelaki menjadi bahan aku, kini aku pula. (balasan tuhan).
Di usha??
ada seorang budak lelaki ingin mengusha aku? Huh! Menakutkan.. lalu aku lari!! Pekara yang menakutkan bagi aku… pelik apa yang ada pada aku, kau nk main2kan aku ye? Citt, aku sumpah kau jadi katak karang. Kejadian pertama. Kejadian kedua, semasa aku pulang dari kelas tambahan, aku berjalan pulang bersama rakan2 ku, dalam 5 orang tak silap aku, ketika itu aku di usha, ketakutan aku. Gila apa la mamat ni, dalam ramai-ramai diantara kami aku pula yang kau usha? Buta mata ke apa? Huhuhuhu… lalu aku pun berlari meninggalkan kawan-kawan ku, terus menaiki bas tampa berkata apa-apa. Kawan – kawan ku pelik dengan tindakan ku, ke esokan harinya aku ke sekolah, kawan ku bertanya tentang kejadian semalam, aku menceritakan apa yang berlaku, kawan-kawan ku mentertawakan aku!! Gila!! Aku menjadi bahan lagi! Cittt!! Sampai sekarang peristiwa itu di ungkit2 oleh kawan-kawan ku. (Adeh!! Lemah betol la)
Masuk PLKN
Arrrggghh!!!! Dalam billion2 manusia dalam dunia ni kenapa pulak nama ku tercalon? Pada mulanya aku bengang, benci dan xnak pergi. Hurm… apakan daya…. Aku masuk dengan muka belagak dan bajet macam anak orang kaya, kata kakak ku “ sebelum orang kerek dengan kau n buli kau baik kau kerek n buli dia dulu” hahahhaha… Thanks my sis. Berjaya.(tapi dalam dorm n dgn budak perempuan jer)
Masuk kelas creator building? Entah pe bende la nie…. Masih segar d ingatan aku di CB4. Mula-mula aku merasa bosan dan tidak suka, permainan budak tadika, pelik!!! Pe kes la, xkan 3bulan aku nk main baling2 bola jer? Xmasuk akal. Setelah sebulan aku berada di sana baru aku tahu kelas CB itu menbina creator diri, yela, setelah kejadian dulu, keyakinan hilang, kurang berkawan, pendiam, pemalu dan rendah diri, tetapi di kelas CB aku mula berkawan, walaupon kekok, tetapi sedikit demi sedikit keyakinan ku mula ada dan aku mula boleh berkawan.
Trend bercinta dengan tomboy/pengkid
Aku baru ingin mengenal cinta, tetapi ada pula yang hendak merosakkan akidah, masalah betol la, bukan xda lelaki dkt plkn, ramai je tapi kenapa harus bercinta dengan kaum sejenis, aku pada mulanya merasa marah, tetapi lama kelamaan aku mula faham mengapa meraka mencintai kaum sejenis, mungkin di sebabkan factor “hanya perempuan je yang faham perasaan perempuan” jd aku pon mula menerima pakai dalam pada menbangkang. Aku di gosipkan bercinta dengan tomboy??? Huh!!! Tidakkk… aku anggap kawan ku itu adalah sahabat baik, berpegang tangan,tidur bersama serta berkongsi cerita, tidak ku sangka aku akan terjerat dengan “si mulut puaka”. Untuk mengelakkan aku di gosipkan dengan aku mula menjauhkan diri daripadanya, memang amat berat tapi untuk mengelakkan fitnah, dari peristiwa itula aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama “ermy”(bukan nama sebenar) bagi mengelakkan aku di tuduh seorang “lesbian”
Ermy(bukan nama)
Perkenalan kami bermula dengan pesanan ringkas(sms). 1 msg aku terima dari ermy, siapakah dia agaknya? Mungkin kawan dorm ku?? Aku pun membalas, lama kelamaan aku mula pelik, dan aku bertanyakan kepada dia, “siapa ya” jawabnya manusia. Huh!!! Dalam hati ku berkata, memang la manusia takkan la raksasa kot” citttt. Lama kelamaan baru aku tahu ermy adalah kawan CB4. Xsangka ya dia menyimpan perasaan pada ku yang kerek nie…
Rasa Di Hargai.
“SKETSA SEBUAH CINTA” lagu tema kami. Kali pertama aku mendapat lagu dari seorang lelaki????? Huh!!! Lawak pon ada. Tiap2 malam aku mesti akan dapat sesuatu daripadanya, air kotak la, air tin la, buger la.. hehehhehe… dalam hati aku berkata “INI KAH D NAMAKAN CINTA” pening memikirkannya.
Buat kali bertama aku bergaduh kerana, tp aku xgadoh pon kawan aku yang gadoh, xpasal2 aku kene dende. Huh!! Si musuh kurang kasih sayang ada hati dengan ermy, bagi aku nk sangat amik la, aku xnk pon la, xde makne nk gado sebab lelaki, tp kawan baik aku pulak over mempertahankan hak kawan katanya. Aku yang xtau menahu tengah syok mandi kene panggil kerana sebab pergaduhan berpunca daripada aku?? Cittt cepuk jgkk kang. Hehehhe.. tp cikgu2 PLKN tau siapa aku, aku d lepaskan. Hahhahah (sebab 2la aku d gelar primadona kot, suke blakon baik)
Hubungan kian rengang.
Setelah taman latihan PLKN, aku mendapat tawaran ke salah sebuah institusi pengajian tinggi. Huh!!! Aku xnk g la….. malas nyeeeeeee…… ermy banyak member ku semangat pada mulanya, lama kelamaan die kian hilang kerana kesibukan berkerja. Huh!!! “I need someone” ermy yang dulu selalu ada kian hilang. Hurm……. Terasa kehilangan dia. Sedih teramat sangat “sahabat? Suka? Cinta? Ni kah rasanya??? Inikah penghujung kisah kami? Redho jer la.
Si baju kurung dengan kasut sportnya
Hahhahaha… ini la aku waktu mula2 aku menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi. Agak menjengkelkan tp ini la aku. Gaya ku, cara ku sering mendapat tupuaan “murai.com or si mulut puaka yang memandang, mungkin mereka berkata “ lawak gila perempuan nie, xtau fensyen langsung kot, katak bawah tempurung” hahahahha… ade aku kisah…
Xde sapa memandang ku? Hodoh sangat ke aku sampai xde sape nk berkawan dengan aku? Adeh!! Ermy pulak asik sibuk jer, xde kawan la aku, hampir give up aku di buatnya. 1sem aku dengan cara ku yang menjengkelkan. Masuk sem 2 aku mula berkawan dengan sebahagian classmate, “ade jugak orang perasan kewujudan aku”. Ade seorang budak kelas dia yang banyak mengubah diri aku, gaya aku, cara aku, thanks a lot Shah(Bukan Nama sebanar)
Mengejar Cinta.
Aku masih belum faham dan pasti apa itu cinta namun aku mahu mencarinya, berjayakan aku??? Hurm… masih belum bertemu jawapan. Aku cuba mencintai seseorang yang menyintaiku tapi hati ku mungkin rasa terpaksa, aku mencuba sedaya upaya masih buntu, sampai la aku mendengar lagu “Permata yang di Cari” aku redho dgn ketentuan mu tuhan. Hati mu mula sayang kepada dia?????? Betul ke ni?? Aku da ada perasaan??? Hahahhahaha… yeah!!!!
Sungguh Menyakitkan
Bila orang yang kita sayang buat xtau n xamik berat????? Aarrrggghhh!! Dulu time aku xde perasaan kau sibuk nk ajar aku apa itu cinta, aku cuba memaksa hati ku walaupun pada mulanya aku terpaksa, tp kini bila ku ikhlas kau pula pergi!!!!
Dalali- Saat Ku mencintai mu!!!! Aku benci dengar lagu ini!!! Mcm mengejek aku!!!!!
Kau ingin Kembali???
Kau ingat mudah aku lupakan apa yang terjadi, perngalaman pertama itu cukup mengajarku!! Aku benci Cinta!!! Cukup!! Aku taknak cinta!! Hati ku hancur kerana cinta!!! Menyakitkan!!!!!!!!! Tidakkkkkkkkkkkkkk…
……................................................................TBC………………………………………………………

2 comments:
Post a Comment