Monday, 28 May 2012

Mengapa Tuhan member kita sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah CINTA

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, Dua tangan untuk memegang, Dua Telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan member kita sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah CINTA.

Teringat kenangan inda bila mendengar lagu PERCAYA PADA KU....
aku tak tahu apa yang kurasakan

dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu,
melihatmu
seluruh tubuhku terpaku membisu
detak jantungku berdetak tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu....

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita… tapi mampukah kita mengikhlaskan hati kita? Mendoakan yang terbaik untuk orang yang kita cinta walaupun orang itu bukan milik kita serta tidak akan bersama kita? Mampukah kita melihat dia bersama orang lain sedangkan kita masih menyanyangi dia serta mengharap dia akan menjadi milik kita?




Berdoalah, semoga Allah Mentabahkan hati kita.

“Ya Allah Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”



 
Terasa teramat sukar untuk melupakan orang yang pernah kita sayang dan cinta, kita merasa dialah jodoh kita, di setiap solat istiqara yang kita jalankan, tapi mungkin kah dia? Tetapi mengapa aku tidak mendapat dia walau pun mimpi ku muncul dia? Adakah mimpi itu adalah mainan tidur kerana aku terlalu menyintai dia kerana terlalu rindu dia? Atau pun itu pertunjuk aku tidak mungkin mendapatkannya, benar kata para ulamak, pertunjuk daripada solat istiqara tidak semestinya dalam mimpi tertapi perbagai cara.

Lumrah manusia , bila ada xpandang mungkin manusia rasa kan lari gunung dikejar? Tetapi? Akan lari jodoh kalau tak diambil peluang. Tapi bila peluang itu pergi baru mencari n menghargai peluang yang ade. Sungguh terlalu rindu. Mungkinkah ada peluang ke dua? Mungkinkah?
Sememangnya kelemahan aku adalah untuk mengatakan cinta, atau mununjuk perasaan cinta serta membalasnya. Adakah aku terlalu Ego? hurm.... sehinggalah aku kehilangan peluang yang berharga itu. Tetapi tidakkah kau mengerti apa yang ku rasa? haruskah aku meluahkannya? bukankah masih terlalu awal, kau juga tidak mahu ada apa-apa ikatan... sudahlah. semuanya sudah terlambat, kini kau sudah menyintai orang lain, cepat benar hati berubah... mungkin dia jodoh yang diciptakan untuk kau... semoga kau berbahagia bersama si dia. andai itu takdirnya aku redho dengan apa yang berlaku Itulah kesalahan ku yang harus ku terima.  Menerima kenyataan yang dia bukan milik ku. Dia akan dimiliki oleh orang lain. Mungkin pada zahirnya aku lewat untuk mengatakan aku cinta menjadi suatu alasan aku tidak bersamanya sekarang, tetapi aku yakin pada batinnya dia bukan jodoh yang Allah berikan untuk ku. Aku bukan tercipta untuknya. aku harus yakin dengan kententuan Allah.



by

Miss Mustika Adriana








2 comments:

^^miss rina nona nonie^^ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Miss Mustika Cruise said...
This comment has been removed by the author.