(LUAHAN HATI SEBUAH PENGORBANAN)
Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tapi aku tak sangka persahabatan yang terjalin lama antara aku, dia dan kamu musnah dalam sekelip mata..kenapa jadi macam ni? Apa salah aku sampai korang buat aku macam ni? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku keliru? Bukan bermaksud aku cemburu dengan hubungan kalian. Untuk apa aku cemburu? Bukankah aku yang mengenalkan kau kepada dia? Tapi mengapa mesti kalian membelakangi aku dalam hal ini? Y a Allah, kuatkanlah aku. Selama ni aku sayang kalian lebih dari orang lain. Tapi kenapa kalian layan aku macam ni? Kenapa mesti kalian rahsiakan hubungan cinta yang terjalin? Kalian berdua kawan baik aku. Salahkah kalau kalian berkongsi berita gembira ini dengan aku? Bukankah aku yang nak lihat kebahagiaan kalian? Tapi kenapa kalian layan aku macam nie? Terasa hina diri ini diperlakukan sebegitu rupa oleh kalian. Ingin aku bertanya kepada kalian. Pernahkah kalian menganggap aku sebagai kawan baik kalian. Pernahkah? Agaknya aku yang selalu terhegeh-hegeh untuk membahagiakan kalian. Selama ini aku sayang kalian sehingga sanggup korbankan kebahagiaan aku..tapi apa yang aku dapat?? Ya Allah….
Kalian tak tahu..bagaimana remuknya hati aku apabila mengetahui hubungan cinta kalian yang telah lama terjalin sejak 2 ramadhan 1432H. Bukan bermaksud aku cemburu tetapi betapa aku terkilan kerana tak dikhabarkan berita gembira ini. Siapa yang tak gembira apabila melihat 2 kawan baik aku bersatu dan bercinta? Sememangnya itulah harapan aku sejak aku mengenalkan kalian berdua. Ingin melihat kawan baik aku merawat kelukaan hati masing-masing disebabkan kegagalan percintaan masing-masing. Sumpah! Aku langsung tak cemburu malah aku gembira. Tapi dalam gembira aku tu terselit seribu perasaan kesal, terkilan dan sedih. Kenapa mesti aku mendapat tahu hubungan cinta kalian setelah 2 minggu lebih hubungan kalian terjalin?
Pada 20 ramadhan 1432H, barulah segala-galanya terbongkar di depan mataku. Mesranya kalian di depan aku telah terjawab segala-galanya. Hebat penangan cinta. Singkat benar tempoh perkenalan kalian. Hebat! Tapi aku tak kisah. Itu hal kalian. Tak jadi masalah. Cinta pandang pertama agaknya. Aku tak kisah bahagian tu tapi kenapa mesti merahsiakan hubungan kalian? Disitulah wujudnya istilah “kawan tak kenang budi”. Itu yang aku marah sangat. Sangat-sangat marah! Aku nak tau kenapa dan sebab dan motif kalian layan aku macam ni! Sedihnya hati aku. Tak apa. Janji kalian gembira!
Bukan niat aku nak ungkit semua yang aku pernah buat kat kalian. Tapi tak dapat ke kalian tengok betapa aku sangat-sangat menghargai hubungan persahabatan yang terjalin. Aku korbankan percintaan aku demi membahagiakan kalian. Tahukah kau kawan. Aku sanggup mengorbankan percintaan aku dengan orang yang betul-betul menyintaiku dan menyayangi aku demi ingin menemani kau.. kau yang kesunyian dan memerlukan semangat dari aku. Aku dah lakukan semuanya. Untuk menggembirakan kau. Sungguh perit untuk aku telan perbuatan kalian ini.
Apa yang aku harapkan semoga kalian bahagia. Cuma 1 aku pinta berikan aku masa untuk menyejukkan hati aku ni. Bukan aku tak cuba jernihkan keadaan tapi sungguh aku sangat terluka dan terkilan. Teruslah membina bibit-bibit cinta antara kalian. Aku tak kisah. Cuma aku perlukan ketenangan. Jangan cari aku lagi. Anggap semua kejadian ini ada hikmahnya. Aku memang telah kehilangan 2 orang kawan baik aku yang sentiasa menemani aku di kala aku kebosanan di tempat kerja. Aku sunyi tanpa kalian sebenarnya. Berikan aku masa untuk melupakan semuanya. Aku perlukan sokongan.
Antara sahabat dan cinta, aku lebih memilih sahabat. Sahabat sukar dicari tetapi cinta boleh datang bersilih ganti. Sesungguhnya aku kehilangan 2 orang sahabat yang paling aku sayang. Aku telah korbankan cintaku hanya untuk persahabatan tapi apa pulangan yang aku dapat? Hanya sia-sia. Andai dapat kuundurkan masa ingin aku ubah semula segala pengorbanan ini.
T, kau sahabat baik aku. Segala masalah kau sentiasa dikongsi bersama. Sesungguhnya aku amat menyenangi dan berkawan dengan kau. Walaupun aku pernah diingatkan supaya berhati-hati dalam berkawan dengan kau tapi aku endahkan. Tapi aku dah terkena. Benarlah kata dia, kau bila dah senang mudah lupakan. Aku tak salahkan kau sebab kau seorang yang setia tapi beringatlah. Terima kasih juga sudi berkawan dengan kawan aku dulu. Silap aku memberikan harapan yang tinggi kepada dia sehinggakan dia jatuh sayang kepada kau. Alhamdulillah dia memaafkan aku dan tak marahkan aku. Aku begitu takut untuk beritahu masalah ini kepada dia. Ternyata naluri dia lebih kuat dari aku. Dia lebih awal mengetahui perkara ini dan mendapat petunjuk Allah terlebih dahulu. Tapi dia tenang dan gembira dan sudi menjadi pendengar yang setia bagi masalah kita ni. Terima kasih F. Terima kasih sudi menjadi pendengar yang setia dan memberikan pendapat dan nasihat kepada aku. Dan 1 hal lagi, berkaitan ungkapan yang pernah kau ungkapkan kepada aku dulu, aku anggap itu hanya gurauan kau. Luahan hati kau sangat-sangat mengejutkan aku. Aku tak ambil serius.
I, kau sahabat baik aku sejak akhir-akhir ini. Tempoh yang lama mengenali kau sejak zaman sekolah lagi. Susah senang kita bersama. Aku sayang kau, I. Disebabkan itulah aku nak kau gembira bila kau putus cinta. Dan sebab itulah aku kenalkan kau dengan T. semoga kau berbahagia dengan T. Kalian berdua kawan baik aku. Seronok tengok 2 kawan baik aku bersatu dalam hubungan cinta. Cuma aku terkilan motif kau merahsiakan hubungan cinta kalian ini? Sedih aku sebagai kawan baik kau. Cuba kau kat tempat aku adakah perasaan kau sama dengan aku? Kenalkan seseorang kemudian menjalinkan hubungan cinta tanpa memberitahu kawan yang telah memperkenalkan kalian. Apa perasaan kau? Terkilan bukan? sedih bukan? Gembira sudah tentu sebab itu adalah harapan aku.
Z, maafkan aku. Maafkan aku menolak cintamu. Ketahuilah kau bahawa aku sayang kau dan menghargai kau. Andai dapat kuundurkan masa...................maafkan aku.
Menyesal ku akui tak terima cintaku, dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku,
Terlambat kuakui berertinya dirimu, kerana hanya dirimu sanggup cinta penawar pedihku..
Aku akan cuba kuat semangat. Mungkin ini takdirnya. Maafkan aku di atas semua kesalahan aku. Semoga kalian berbahagia. Aku tumpang gembira. Cuma 1. Aku tak boleh tengok kalian lagi. Luka di hati ini terasa bernanah. Maafkan aku. Bukan aku ego cuma aku perlukan ruang. Biarlah masa yang tentukan segala-galanya. Maafkan aku skali lagi. Salam aidilfiri. Maaf zahir batin.
Kesimpulan :
Sesungguhnya ikatan persahabatan itu terlalu indah untuk diputuskan. Sahabat tidak mudah dicari. Sukar untuk mencari yang sehati sejiwa dan sanggup susah senang bersama. Semua yang terjadi sudah ditentukan oleh-Nya. Seharusnya kita menjaga hubungan persahabatan yang telah terjalin ini. Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan agar tidak wujud syak wasangka. Sayangilah kawan-kawan anda. Tidak rugi buat baik kepada sesama makhluk. Ini dituntut dalam Islam. Memohon kemaafan adalah perkara yang mulia dan harus dipraktikkan setiap hari. Pohonlah kemaafan tanpa jemu. Berbuat baik biarlah berpada-pada dan buat jahat jangan sekali. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat. Dan seperkara lagi, setiap kata-kata yang dikeluarkan biarlah logik. Jangan jadi seperti “orang yang cakap tak serupa bikin”. Harap maklum kepada sesiapa yang terasa. Kuatkan semangat untuk setiap dugaan yang Allah berikan. Rahsia memperoleh ketenangan hati ialah dengan pengisian ilmiah rohani kita.
Hak cipta terpelihara (Adaptasi dari kisah sebenar seorang kawan),
Nur faezah bte che ani
aeza_areisya
12.52 am 26 ogos 2011 / 26 Ramadhan 1431H
Skrip Asal,
Miss Mustika Cruise,
(penyerahkan skrip di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, harap maklum)
Miss Mustika Cruise,
(penyerahkan skrip di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, harap maklum)
No comments:
Post a Comment