Sunday, 15 May 2011

Mengapa Sukar Untuk ku melupakan mu……

Aku manusia biasa  seperti orang lain yang punya hati dan perasaan, ingin sekali aku merasakan manisnya cinta. Aku juga ingin merasakan apakah itu perasaan sayang,dan disayangi.
Suatu hari aku di pertemukan dgn cinta pertama ku, sungguh manis rasanya. Aku cukup bahagia. Setiap detik ku terbayangkan keindahan hidup ku bersama cinta. Aku sunggup lakukan yang terbaik untuk cinta. Keadaan semakin luar biasa, diri ku terasa bagai di pandu, kemana arah dan tuju ku rasa indah dan tenang. Terima kasih cinta kerana menberi ku kesempatan untuk ku merasakan saat manis itu, 
Semakin lama kami bersama, aku merasakan cinta itu tidak begitu menyayangi ku sebagai mana aku menyanginya. Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk aku terus menyangi cinta. Cinta aku sangat sayang pada mu…….. kau la cinta pertama aku. Tapi semakin hari semakin pudar cinta cinta terhadap ku??? Mengapa? Cinta mula tidak mengindahkan ku, bila aku merajuk jarang sekali untuk cinta memujuk. Kalau dahulunya cinta yang akan akan memujuk ku tidak sekali dia akan membiarkan ku walau pon seminit. Cinta ku seorang yang penyabar pada dahulunya kini menjadi seorang yang panas baran.  Semakin hari semakin jauh aku dari cinta. Belang cinta semakin jelas kelihatan. Dulu sebelum mendapatkan hati aku, cinta sanggup melakukan apa sahaja, bertahan dengan karena ku yang panas baran, cepat merajuk, dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyakikan aku tentang cintanya pada ku, setelah aku percaya akan cintanya mengapa bergini yang terjadi? Apakah aku yang bersalah.. atau cinta ada tarik luputnya??
Hari demi hari aku makin tertekan dengan pelbagai masalah yang melanda diri ku aku berharap cinta akan bersama ku dan menenangkan ku, tapi cinta kian jauh… aku amat rindu pada cinta ku yang dulu. Suatu hari aku menyatakan niat ku untuk berpisah dan aku ingin melihat riaksi cinta dengan harapan cinta akan berubah. Pada mulanya cinta memujuk ku untuk tidak berpisah, tetapi lama kelamaan ku rasakan cinta juga inginkan perpisahan. Selepas aku berpisah dengan cinta, hidup ku mula suram, hari demi hari aku lalui tanpa cinta, setiap detik jugalah aku mengharapkan cinta akan memujuk ku untuk kembali padanya. Tetapi hampa. Kini aku cuba untuk melupakannya dan cuba menerima kenyataan cinta kalau bukan milik ku… tetapi aku tetap menyintai mu….. kau selalu berada difikiran ku setiap waktu, terima kasih mengajar ku erti cinta, erti bahagia. Aku berdoa agar kau juga bahagia. Memang sukar untuk ku melupakan mu kerna kau cinta pertama ku. Tetapi akan ku cuba demi kebahagiaan mu.

By,
CIK MUSTIKA CRUISE